Sunday, May 11, 2008

Perodua lancar Nautica (From Utusan Malaysia)


Perodua lancar Nautica

Oleh DALIZA ARIFFIN







KUALA LUMPUR 9 Mei – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan utiliti sport (SUV) kompak pacuan empat roda, Perodua Nautica.

Model diimport sepenuhnya (CBU) yang memiliki keupayaan enjin 1.5 liter dengan transmisi automatik empat kelajuan itu dijangka mampu memenuhi keperluan peminatnya dalam segmen kenderaan pacuan empat roda di negara ini.

Perodua Nautica akan menggantikan model Kembara yang telah berada di pasaran sejak Ogos 1998 dan dihentikan pengeluarannya sejak bulan Disember 2006.

Nama Nautica berasal daripada perkataan nautical, yang berkaitan dengan pelayaran, yang memiliki imej mewah dalam menghadapi pengembaraan tanpa sempadan.

Majlis pelancaran model terbaru itu disempurnakan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan ia turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Daihatsu Motor Co. Ltd., Yamazaki Sachio dan Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar, di sini hari ini.

Model yang sebelum ini hanya dikenali sebagai D52t itu akan melengkapkan galeri pameran Perodua di seluruh negara mulai esok yang mana sebelum ini syarikat itu terkenal dengan dua model popularnya, Myvi dan Viva.

Menurut Syed Abdul Hafiz dalam sidang akhbarnya selepas majlis perasmian tersebut, Perodua Nautica sesuai dengan kehendak peminat segmen SUV kerana harganya lebih rendah daripada model kenderaan syarikat lain.


Nautica 4WD ditawarkan pada harga RM89,900 seunit itu memberi dua pilihan kepada peminatnya iaitu warna Medalion Grey dan Majestic Black.

Original From www.utusan.com.my

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home